IZADATEN WEDDING REVIEW : THE OUTFIT
Assalamualaikum ♥
Memula ingat nak buat entry khas untuk setiap outfit tapi memandangkan mood menaip tak berapa nak ada, aku pendekkan jela. Cerita semua dalam satu entry. Senang. Aku yang menaip senang, korang yang baca pun senang. Hehe.
Untuk majlis nikah, baju kitorang tak sewa. Hak milik persendirian. Kain beli kat Jakel dengan harga RM 25 semeter. Tak silap aku nama kain tu Valentro ke apa entah. Lupa. Pastu tempah kat Pasar Rakyat Medan Mara. Suami buat baju melayu biasa. Aku pulak baju kurung mini moden tanpa detailings. Kosong sebab detailings gedik nak buat sendiri. Harga RM 120 untuk baju suami dan RM 100 untuk baju aku.
Kain lace aku beli dari Syarikat Su Hua, Jalan TAR. Masa aku beli dulu, kedai tu still kat area jalan besar tapi sekarang dah pindah. Kat area Campbell Complex kalau tak silap. Harga RM 150 untuk dua meter lace. Memula nak beli lace kaler biru turquoise sebab nak matching dengan sampin suami. Pastu tak jumpa yang berkenan. Suami bagi cadangan, ambik la lace putih. Tak semestinya kena sama kaler. Sebagai seorang bakal isteri time tu, kitewww dengar jelah cakap dia. Hihihi.... :p
Detailings baju, anak tudung dan veil 100% done by me. Ya Allah, lama betul aku ambik masa nak siapkan. Gedik sangat kan, ambik kau! Huhu. Berbulan jugak la baru siap. Nasib dua meter lace tu cukup untuk satu persalinan. Anak tudung aku pakai inner magic. Tambah sikit lace, terus nampak cantik. Murah je. Modal baru RM 10. Hehe. Veil dan shawl beli kain chiffon dari Jakel. Gunting sendiri ikut rasa hati pastu hantar jahit tepi halus. Settle!
Untuk majlis malam berinai, persalinan warna pink provided by butik pengantin. Sebabkan resepsi pakai songket, aku pilih la yang modern sikit. Suka jugak baju tu sebab kat bahagian kaki dia cantik. Ala-ala princess. Nampak flowy je. Kalau takde kat bahagian kaki tu, maybe dah pilih baju lain kot sebab kurenggg sikit kaler pink nie. Hikhik. Persalinan maroon pulak beli siap kat Jalan TAR. Jenjalan kat area Mydin, terjumpa satu kedai. Aku berkenan kat satu baju kaler purple nie tapi takde saiz. Last-last, pilih jela mana ada. Dapat la si baju maroon tu. Takde la cantik mana bagi aku tapi boleh laaaa. Asalkan ada ~
Persalinan majlis resepsi paling aku suka. Sebabnya aku dapat pakai baju pengantin kaler kuning. Impian dari kecik kot. Ingat lagi, aku selalu berangan kahwin nanti nak pakai baju kaler kuning. Akhirnya impian jadi kenyataan. Alhamdulillah... Baju nie kitorang tempah baru dari butik pengantin. Material Songket penuh. Aku request dress, inspired by baju Leuniey. Taknak baju kebaya, old fashion. Mihmihmih.... Baju suami pun full set Songket. Cantik sangat tau. Sayangnya baju tu bukan milik aku. Kalau tak, hari-hari try walaupun dah jadi pengantin basi. Hehe. Takpelah, kasi chance pengantin lain pulak cantik-cantik dengan baju tu. (^_^)
So far, nie jelah review yang boleh aku taip. Entah bila nak habis pun entah. Mintak-mintak cepat sikit boleh habis sebab banyak lagi cerita pending. Till then, take care! Bye. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah








2 comments
Salam......
ReplyDeleteCantik baju pengantin.....
Nak tanya butik mana tempah baju resepsi warna kuning tue....
Wsalam. Baju kuning tu hak milik butik pengantin yg sy tempah. Boleh search butik tu kat facebook, LIZ BUTIK ANDAMAN. Tq :)
Delete