BIRTHDAY PARTY TO MY LITTLE PRINCESS
Alhamdulillah, berjaya set-up birthday party anak walaupun tahap kerajinan tak berapa nak ada. First time Zara celebrate birthday secara "agak" besar-besaran. Selalu sambut dengan family terdekat je. Sebab dia dah besar dan dah faham, boleh la buat. Biar dia merasa. (^_^)
Tema birthday party Zara ialah Unicorn. Permintaan birthday girl. Entah apa dia suka sangat dengan Unicorn pun tak tahu laaa. Sebulan jugak buat preparation. Gigih ke sana sini cari prop berunsurkan Unicorn. Tak jumpa kat kedai (kebanyakkan prop beli kat kedai RM 2 & Mr. DIY), dalam Shopee aku cari. Alhamdulillah, hasil kerja keras selama sebulan, terhasillah deco kat bawah. Okayyy la kan. Cantik apa. Hahaha. Puji diri sendiri. :p
Actually birthday party nie dah sambut lama, masa raya kedua haritu. Celebrate awal sebulan. Nak buat exactly date birthday dia belum tentu semua orang dapat datang. Dah kalau takde orang, sia-sia je deco lawa tahap gaban pun. So memandangkan time raya ramai saudara-mara balik kampung, kira on la. Lagipun dah lama tak gathering ramai-ramai. Abang aku je tak balik sebab beraya rumah mertua.
Bab makanan semua masak sendiri atas bantuan makcik aku. Thanks Cik Ila banyak tolong. Muahhhh!!! Kek birthday dan pizza je beli. Menu ala-ala menu raya sebab memang musim raya pun kan. Hehe. Makan-makan dulu baru upacara potong kek. Birthday girl malu uolsss!! First experience la katakan. Tak pernah-pernah tiup lilin depan ramai orang. Jenuh berpeluk dengan ayah dia, nak cover malu sampai nangis-nangis. Takde satu pun gambar senyum time potong kek. Mood kelaut habis malam tu. Hahahadoiiiiii. Sabar jelah!
*Paling laku keras. Aku buat 4 perisa : asam boi, milo, jagung & choki-choki susu.*
Total hangus untuk birthday party nie dalam RM 300 (dah include semua termasuk makanan). Pada aku jimat la sebab jemputan ramai jugak dalam 30++ orang. Maybe sebab masak sendiri dan deco pun guna barangan buat pelamin. Setakat beli belon dan prop Unicorn. Memang seronok dapat buat semua sendiri tapi tengok keadaan. Kalau semua benda baru nak beli, nasihat aku better upah orang jelah. Lain la sapa yang memang dah ada peralatan.
*Nie je gambar yang nampak Zara TERsenyum kambing sikit.*
*Cantiknyeeeee muka tu.*
*Suami kata simpan gambar nie. Tunjuk kat Zara nanti yang dia budak kuat nangis. Hahaha.*
Harap-harap anak ibu happy la dengan sambutan birthday dia. Penat ibu perah idea dan tenaga tau nak merealisasikan impian anak dara ibu nie. Besar nanti ingat jasa ibu ayah okay. We love you kakak. ♥
*Senyum jugak akhirnya. Tu pun lepas habis party. Hmmmm.*
Love,
Nor Fatin Nadhirah




















0 comments