PREGNANCY JOURNEY 2.0 : 3D/4D SCAN @ SONOWORLD CENTRE (30 WEEKS)
Saat yang ditunggu-tunggu. Time to scan 3D/4D. Yeayy!! Excitednyaaa nak tengok muka adik. Sekali lagi Sonoworld jadi pilihan ibu.
*Dua beranak sehati sejiwa. Tak berenggang dengan ayah dia.*
Memula sonographer start dengan 2D growth scan pastu baru 3D/4D. Adik buat perangai sama macam kakak dulu. Time nak scan, time tu lah nak tidur. Tangan tutup-tutup muka. Alahaiii.. Zara pulak mood baik betul haritu. Bising suara dia je dalam bilik scan. “Ibu... adik malu”, “Ibu... adik demam ke?”. Dia cakap camtu sebab adik letak tangan atas dahi. Haha. Suami macam biasa, mata tak lepas tengok skrin. Obses jugak ke tu? Hehe. :p
Adik okay sikit la dari kakak sebab bagi kerjasama. Bila sono goyang-goyang perut, dia bukak mata. Alahaiiiii... Geram ibu! Hehe. Cuma dia suka sorok muka dia guna tangan. Pastu dia menguap. Eeeee, tunggu lah keluar nanti. Ibu gomol puas-puas. Gerammmmm......
Kualiti gambar tak berapa cantik sebab uri betul-betul depan muka dia. Nasib baik dapat jugak yang okay. Anggaran berat adik 1.5 kg. Naik 100 gram dari hari sebelum (scan kat PPUM). Amboiiii, cepat besar eh dia. Muka adik? Aku tengok sebijik macam Zara. Sama! Pipi tembam. Memang anak-anak ibu jenis pipi tembam ke? Hidung je nampak kecik sikit. Zara dulu hidung kembang.... :p
Jantina adik? Jeng jeng jeng....... Kira confirm la kot tu sebab 3 kali scan, semua bagi jawapan yang sama. InsyaAllah, another baby girl is coming. Kaya iolss dengan anak perempuan. Alhamdulillah. Rezeki. Banyak jimat sebab boleh pakai barang kakak yang masih elok. (^_^)
Settle scan, diorang print 1 gambar berwarna, report ringkas dan CD. Alhamdulillah, aku puas hati dengan servis dari Sonoworld. Sonographer peramah sangat (lupa pulak tanya nama). Suasana dalam klinik pun selesa. Oh ya, harga scan ialah RM 120. Banyak klinik tawarkan harga lebih murah tapi pada aku, harga dan servis yang diberi oleh Sonoworld sangat bagus. Sapa nak booking, boleh pergi ke website diorang. Kena cepat sebab slot cepat penuh lagi-lagi kalau weekend.
Adikkkkkkk... Ibu, Ayah, Kakak Zara tak sabar nak jumpa adik. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Kami semua sayang adik sangat. ♥
*Si manja tembam ibu.*
Love,
Nor Fatin Nadhirah




0 comments